Wednesday 18 May 2011

Mahkota Dewa Di Nursery Pak Ali


Mahkota Dewa…… suatu nama yang tidak asing lagi kini. Nama saintifiknya Phaleria papuana. Ia merupakan pohon jenis renek dengan buah berwarna kemerah – merahan yang berasal dari Papua. Kehebatannya hampir setanding Tongkat Ali. Kini kalau kita berkunjung ke kedai menjual herba, ubat atau kedai menjual produk kecantikan mahupun kedai kopi selain Kopi Ginseng Tongkat Ali, Kopi Janda dan lain-lain kopi....... Kopi Mahkota Dewa pun ada. Pendek kata orang kita sekarang ini sudah mula menggunakan herba-herba yang dipercayai boleh menyembuhkan atau mengelakkan penyakit. Bukan hanya sekadar kopi, Jus Mahkota Dewa pun ada, dan khasiatnya dikatakan boleh menormalkan dan menguatkan antibodi. Itu semua produk akhir yang telah diproses. Jadi, kalau nak tengok sendiri Mahkota Dewa bolehlah singgah di Nursery Pak Ali.



Jom ke Nursery Pak Ali untuk lihat sendiri rupa pokok, buah nya yang kemerah-merahan apabila telah masak. Kalau nak hiris buahnya pun boleh. Kak Timah boleh tunjukkan macam mana sedikit sebanyak kegunaan buah Mahkota Dewa ini dan Pak Ali boleh terangkan sedikit sebanyak khasiat-khasiat yang terdapat pada buah Mahkota Dewa ini. Ramai yang mencari pokok Mahkota Dewa ini, kerana selain produk yang telah siap diproses, buah yang terhasil boleh dihiris dan dikeringkan kemudian direndam ke dalam air lalu diminum. Jadi kalau nak tanam pokok ini, boleh datang ke Nursery Pak Ali untuk lihat sendiri dan memiliki pokoknya.

Pokok Mahkota Dewa ini dikatakan boleh mencapai ketinggian 5 hingga 6 kaki. Pokoknya jenis merimbun dan sesuai ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah atas tanah, bila berbuah... mestilah warna hijau tapi bila buahnya masak... bukan kuning tau tapi kemerah-merahan warna nya. Sebatang Pokok Mahkota Dewa yang telah matang boleh menghasilkan buah 70 hingga 80 biji. Pokok Mahkota Dewa ni ada musim juga tau bila dia nak berbuah, dalam setahun pokoknya akan berbuah 4 kali.Banyakkan.

Kalau nak tanam Pokok Mahkota Dewa ini kenalah dapatkan biji benih. Menurut kata Pak Ali, pokok ini senang tumbuh. Pak Ali kata ambil buah yang kemerah-merahan tu, kupas kulit luarnya kemudian tanam dalam pasu, selepas 2 atau 3 hari jangan lupa pula. Periksa buah Mahkota Dewa tadi, pasti akan keluar mata tunas nya dan tunggulah hingga tunas itu tinggi barulah ia dipindahkan ke tempat lain. Senangkan.
Tapi kalau nak terus besar dan tak konfiden buah Mahkota Dewa tu akan bertunas, datang lah ke Nursery Pak Ali, jumpa Kak Timah dan Pak Ali, beli sepohon, balik terus tanam.

Di Nursery Pak Ali ada jual Pokok Mahkota Dewa, buah Mahkota Dewa yang dekat dahan-dahan nya pun ada tapi kalau nak, kenalah beli pokoknya sekali. Harga Pokok Mahkota Dewa ini ikut tahap kesuburan. Pak Ali dan Kak Timah jual Pokok Mahkota Dewa ini RM25 bagi yang tingginya kira-kira 2½ hingga 3 kaki dan RM18 bagi yang tingginya 1 hingga 1½ kaki.

5 comments:

  1. Salam, Dia mana lokasi nurserinya? Kalau beli pokok yang lk 3 kaki tingginya macam mana transportnya kalau tidak pergi ke lokasi?

    B agaimana boleh beli buah yang sudah di keringkannya?

    ReplyDelete
  2. saya nak beli buah mahkota dewa yang boleh ditanam boleh ke?

    ReplyDelete
  3. Buah Mahkota Dewa yang dah masak merah boleh dijadikan benih... sy dah mencubanya..

    ReplyDelete
  4. Kak timah pak ali saya nak beli biji dgn isi buah yg dah keringkan mcm mana ya. tk

    ReplyDelete