Friday 6 May 2011

Jom kenal Nursery Pak Ali

Nursery Pak Ali lebih kurang 2 ½ ekar telah mula beroperasi pada tahun 2000 lagi. Nursery ini diusahakan oleh Pak Ali & Kak Timah. Waktu operasinya dari jam 0900 hingga 1800, setiap hari kecuali Jumaat. Menurut Pak Ali, Nursery ini beliau tubuhkan bertujuan untuk memperkenalkan pokok-pokok herba kepada semua pelanggan. Walaubagaimanapun jika kita singgah di Nursery ini, bukan hanya pokok herba sahaja yang ada dijual disini... Pelbagai jenis pokok juga terdapat disini seperti pokok buah-buahan, pokok hiasan, pokok orkid, pokok-pokok hutan pun ada. Selain pokok yang dijual oleh Pak Ali, pelbagai jenis tanah juga ada seperti tanah kompos, tanah bakar dan tanah campuran. Baja pun ada juga tau, macam-macam jenis baja ada..... baja organik, baja kimia, baja mikro (baja EM) pun ada. Selain tu pasu untuk tanam pokok pun ada. Kalau nak yang cantik tapi berat boleh pilih pasu jenis seramik..... kalau nak ringan, pasu plastik pun ada (pasti berkualiti, jenis Baba’s lagi). Hmmm.... kalau nak tanam orkid, tak payah beli tanah.... mana ada orang tanam orkid guna tanah kan..... jadi arang dan cocoa fiber pun ada dijual kat Nursery Pak Ali ni. Kalau tak pasti nak tanam pokok tu macam mana, boleh tanya Pak Ali, pasti macam-macam petua dan cara penjagaan pokok diterangkannya. Pak Ali dan Kak Timah ni peramah orangnya. Tentang harga pula....... sangat berpatutan, dah lah berdekatan, jadi tak payah lah nak drive jauh-jauh untuk beli pokok. Setakat lebih kurang 10 tahun dah Nursery Pak Ali ni beroperasi.... macam-macam orang dah datang.....kebanyakkannya mestilah orang awam. Agensi kerajaan ada juga yang datang seperti sekolah, bank, kontraktor-kontraktor pun datang juga.

9 comments:

  1. assalammualikum..
    pak ali apa kabar..sy berminat hendak mgenali pokok stevia dgn lbh dkt lg..adakah cara pling mudah untuk kita berhubung seperti pngilan telifon ke. bkemungkinan dgn izin Allah sy ingin menanam pokok stevia secara kecil2lan..mohon pndapat drpd yg arif. sekin..assalammualikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh call pak ali 0137884006 atau kak timah 0193908453....lebih senang dtg ke nursery.

      Delete
  2. Nanti balik kampung saya mesti singgah!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum pak ali... kalau pokok bidara ada jual tak...

    ReplyDelete
  4. Benih pistachio dan Bunga Kantan

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya , adakah anda mempunyai bekalan untuk benih Pistachio . Saya sedang mencari benih pistachio dan juga benih/rizom Bunga Kantan , saya berharap anda mempunyai mereka atau anda mempunyai kenalan atau cara cara untuk mendapatkan bekalan benih mereka .

    Terima kasih .

    Sila emel saya di mohdumarkhatab@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam..
    pak ali, saya mencari anak pokok epal bidara, lemon & durian belanda ada jual tak?
    saya duduk pekan nanas.. no pak ali yang kat atas tu masih aktif lagi atau tidak ya?
    Ini no saya +601132518148 (boleh beri saya missed call tak? Nanti saya akan return call pak ali)

    ReplyDelete
  6. Salam.... Nursery Pak Ali,

    Sekiranya saya ingin memenuhkan satu kawasan seluas 120 kaki persegi dan setinggi 1 kaki dengan tanah bakar, berapa banyak tanah bakar yang saya perlukan. Adakah Nursery ini menjual tanah bakar?

    emel saya: ibra2002@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Assalam Pak Ali, pokok pecah beling ada tak?

    ReplyDelete