Wednesday, 18 May 2011

Mahkota Dewa Di Nursery Pak Ali


Mahkota Dewa…… suatu nama yang tidak asing lagi kini. Nama saintifiknya Phaleria papuana. Ia merupakan pohon jenis renek dengan buah berwarna kemerah – merahan yang berasal dari Papua. Kehebatannya hampir setanding Tongkat Ali. Kini kalau kita berkunjung ke kedai menjual herba, ubat atau kedai menjual produk kecantikan mahupun kedai kopi selain Kopi Ginseng Tongkat Ali, Kopi Janda dan lain-lain kopi....... Kopi Mahkota Dewa pun ada. Pendek kata orang kita sekarang ini sudah mula menggunakan herba-herba yang dipercayai boleh menyembuhkan atau mengelakkan penyakit. Bukan hanya sekadar kopi, Jus Mahkota Dewa pun ada, dan khasiatnya dikatakan boleh menormalkan dan menguatkan antibodi. Itu semua produk akhir yang telah diproses. Jadi, kalau nak tengok sendiri Mahkota Dewa bolehlah singgah di Nursery Pak Ali.



Jom ke Nursery Pak Ali untuk lihat sendiri rupa pokok, buah nya yang kemerah-merahan apabila telah masak. Kalau nak hiris buahnya pun boleh. Kak Timah boleh tunjukkan macam mana sedikit sebanyak kegunaan buah Mahkota Dewa ini dan Pak Ali boleh terangkan sedikit sebanyak khasiat-khasiat yang terdapat pada buah Mahkota Dewa ini. Ramai yang mencari pokok Mahkota Dewa ini, kerana selain produk yang telah siap diproses, buah yang terhasil boleh dihiris dan dikeringkan kemudian direndam ke dalam air lalu diminum. Jadi kalau nak tanam pokok ini, boleh datang ke Nursery Pak Ali untuk lihat sendiri dan memiliki pokoknya.

Pokok Mahkota Dewa ini dikatakan boleh mencapai ketinggian 5 hingga 6 kaki. Pokoknya jenis merimbun dan sesuai ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah atas tanah, bila berbuah... mestilah warna hijau tapi bila buahnya masak... bukan kuning tau tapi kemerah-merahan warna nya. Sebatang Pokok Mahkota Dewa yang telah matang boleh menghasilkan buah 70 hingga 80 biji. Pokok Mahkota Dewa ni ada musim juga tau bila dia nak berbuah, dalam setahun pokoknya akan berbuah 4 kali.Banyakkan.

Kalau nak tanam Pokok Mahkota Dewa ini kenalah dapatkan biji benih. Menurut kata Pak Ali, pokok ini senang tumbuh. Pak Ali kata ambil buah yang kemerah-merahan tu, kupas kulit luarnya kemudian tanam dalam pasu, selepas 2 atau 3 hari jangan lupa pula. Periksa buah Mahkota Dewa tadi, pasti akan keluar mata tunas nya dan tunggulah hingga tunas itu tinggi barulah ia dipindahkan ke tempat lain. Senangkan.
Tapi kalau nak terus besar dan tak konfiden buah Mahkota Dewa tu akan bertunas, datang lah ke Nursery Pak Ali, jumpa Kak Timah dan Pak Ali, beli sepohon, balik terus tanam.

Di Nursery Pak Ali ada jual Pokok Mahkota Dewa, buah Mahkota Dewa yang dekat dahan-dahan nya pun ada tapi kalau nak, kenalah beli pokoknya sekali. Harga Pokok Mahkota Dewa ini ikut tahap kesuburan. Pak Ali dan Kak Timah jual Pokok Mahkota Dewa ini RM25 bagi yang tingginya kira-kira 2½ hingga 3 kaki dan RM18 bagi yang tingginya 1 hingga 1½ kaki.

Sunday, 15 May 2011

Stevia Nursery Pak Ali

Sekarang ni gula dah naik, dengar kata kerajaan Malaysia mungkin memansuhkan sepenuhnya subsidi gula seawal tahun depan. Itupun selepas tempoh kontrak jangka panjang kerajaan dengan pengeluar gula tempatan dan global tamat tahun ini. Itu cerita gula lah.
Ni nak cerita pasal pokok Stevia yang ada di Nursery Pak Ali pulak. Jadi pada sesiapa yang ingin mendapatkan pokok Stevia ini, boleh lah datang ke Nursery Pak Ali. Pak Ali dan Kak Timah ada menanam pokok Stevia ni. Pokoknya subur dan menghijau. Kalau nak cerita pasal Stevia ni, rasanya tak perlulah nak cerita panjang.... Majalah 3 pun dah beberapa kali mengungkap kisah si pohon Stevia ini.

Di Nursery Pak Ali ini, kalau ada yang berminat nak menanam pokok Stevia ini bolehlah juga mendapatkan sedikit nasihat tentang kaedah penanaman, penjagaan serta pengetahuan sedikit sebanyak mengenai khasiat tumbuhan manis ini. Pak Ali dan Kak Timah jual pokok Stevia ini dalam pasu plastik. Tidaklah seperti pembekal-pembekal lain yang jual anak pokok stevia dalam polibag untuk ditanam secara besar-besaran. Rm15 satu pasu yang subur dan sedia untuk ditanam di halaman rumah.

Kita pun dulu tak pernah tahu pasal stevia...rupanya daun dia kalau ambil dari pokok, terus kunyah.... Manis rasanya.
Pada sesiapa yang ada diabetes, tidak perlu lah risau lagi, anda boleh lagi rasa manis-manis gula dalam minuman tanpa kalori dengan Stevia.

Friday, 6 May 2011

Jom kenal Nursery Pak Ali

Nursery Pak Ali lebih kurang 2 ½ ekar telah mula beroperasi pada tahun 2000 lagi. Nursery ini diusahakan oleh Pak Ali & Kak Timah. Waktu operasinya dari jam 0900 hingga 1800, setiap hari kecuali Jumaat. Menurut Pak Ali, Nursery ini beliau tubuhkan bertujuan untuk memperkenalkan pokok-pokok herba kepada semua pelanggan. Walaubagaimanapun jika kita singgah di Nursery ini, bukan hanya pokok herba sahaja yang ada dijual disini... Pelbagai jenis pokok juga terdapat disini seperti pokok buah-buahan, pokok hiasan, pokok orkid, pokok-pokok hutan pun ada. Selain pokok yang dijual oleh Pak Ali, pelbagai jenis tanah juga ada seperti tanah kompos, tanah bakar dan tanah campuran. Baja pun ada juga tau, macam-macam jenis baja ada..... baja organik, baja kimia, baja mikro (baja EM) pun ada. Selain tu pasu untuk tanam pokok pun ada. Kalau nak yang cantik tapi berat boleh pilih pasu jenis seramik..... kalau nak ringan, pasu plastik pun ada (pasti berkualiti, jenis Baba’s lagi). Hmmm.... kalau nak tanam orkid, tak payah beli tanah.... mana ada orang tanam orkid guna tanah kan..... jadi arang dan cocoa fiber pun ada dijual kat Nursery Pak Ali ni. Kalau tak pasti nak tanam pokok tu macam mana, boleh tanya Pak Ali, pasti macam-macam petua dan cara penjagaan pokok diterangkannya. Pak Ali dan Kak Timah ni peramah orangnya. Tentang harga pula....... sangat berpatutan, dah lah berdekatan, jadi tak payah lah nak drive jauh-jauh untuk beli pokok. Setakat lebih kurang 10 tahun dah Nursery Pak Ali ni beroperasi.... macam-macam orang dah datang.....kebanyakkannya mestilah orang awam. Agensi kerajaan ada juga yang datang seperti sekolah, bank, kontraktor-kontraktor pun datang juga.